Terima kasih yang tak terhingga kepada YB Dato' Dr. Wan Azmi Ariffin, Ahli Parlimen Sik kerana memberikan galakan untuk membina laman web Kg Baru Nami ini hingga berjaya. Sokongan beliau yang tak berbelah bagi termasuk memberikan tapak server www.nami.wanazmisik.com secara percuma amat dihargai.

Kami merasa amat berbesar hati kerana web Kg Baru Nami ini dipilih sebagai web pertama untuk dilancarkan dan menjadi model kepada laman web kampung yang lain. Sesungguhnya kejayaan membangunkan laman web ini menjadi bukti kepada kesungguhan penduduk kampung untuk bergerak seiring dengan hasrat kerajaan agar rakyatnya mengikuti arus perkembangan teknologi maklumat.

Terima kasih juga kepada En. Abdul Ghani Abdul Rahman, Pengerusi JKKK yang banyak membantu serta semua pihak yang terlibat kerana memberikan sokongan untuk pembangunan laman web ini. semoga web ini menjadi bukti kepada kejayaan yang bakal dikecapi oleh anak-anak Kampung Baru Nami

Sekian

pengendali

laman web Kampung Baru Nami