![]() |
|||||
|
|
Dalam ruangan ini saya akan cuba memberikan seberapa tepat yang mungkin info berkaitan Kampung Baru Nami. Menurut ceritanya kewujudan kampung ini telah lama sebelum merdeka. Asalnya kampung ini dihuni oleh penduduk berketurunan Siam, sebab itulah kebanyakkan penduduk asal (orang tua-tua) kampung Nami ada yang pelat (loghat)nya lebih kepada siam dan mahir berbahasa siam. Kampung Baru Nami terletak disempadan antara Daerah Sik dan Daerah Padang Terap. Sebatang sungai iaitu sungai Muda menjadi pemisah kepada persempadanan ini dan dihubungkan antara dua daerah ini dengan sebuah jambatan. Nami diceritakan mendapat nama daripada dua perkataan siam iaitu "NAM" dan "MI". NAM bermaksud muka dan MI bermaksud Beruang. Individu yang memberikan nama ini sukar dikenalpasti siapa tetapi ada yang berkata ianya diberikan oleh Raja Bersiong yang menghilir sungai Muda dari Kota Aur dan sampai disebuah lubuk yang dalam dan bentuk lubuk itu seperti muka beruang, maka dikatakan lubuk itu sebagai lubuk NAMMI (Nami). Lubuk Nami kekal hingga hari ini dan masih lagi dalam seperti dahulu. Ketika zaman darurat, Orang-orang Melayu daripada Danglau dan Lubuk Kemahang dipindahkan ke Kg Nami dan diberi Kampung Baru Nami. Penduduk siam masih ada tetapi lebih banyak menetap di Kg Nami Lama (kawasan Sungai Kap) dalam Daerah Padang Terap. Walaupun penduduk yang berpindah ke Kg Baru Nami berasal dari dua kg yang berbeza tetapi kebanyakkan mempunyai talian persaudaraan. Jika dituruti secara lebih mendalam, Nami sebenarnya sebuah kawasan yang lebih luas kerana mencakupi kawasan Sungai Kap, Nami Lama, Nami Baru, Lubuk Nami, Charok Pisang dan Tanjung Piring tetapi ini tidak saya perjelaskan secara terperinci kerana saya hanya cuba mencari kembali sejarah Kampung Baru Nami. Bersambung... |
|
|
||
|
|
|||||