Aktiviti Dicadang/dirancang 2006

 

1. Mengindahkan kawasan Jeram Perangin Nami

 

2. Bacaan Yassin untuk pelajar yang bakal menduduki UPSR, PMR, SPM dan STPM

 

3. Lawatan ke tapak semaian Bonsai di Perlis

 

4. Penubuhan Kumpulan muzik

 

5. Persediaan awal penubuhan pasukan sepak takraw dan Bola sepak

 

6. Membaikpulih gelanggang sepak takraw

 

7. Gotong Royong membersihkan dewan orang ramai

 

8. Gotong royong membersihkan kubur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Antara aktiviti pekerjaan utama penduduk ialah melalui hasil buluh. Ini ialah kerana Kg Baru Nami mempunyai tumbuhan buluh yang begitu banyak dari pelbagai jenis. Satu usaha sedang dibuat untuk mengenalpasti semua jenis buluh yang ada agar generasi akan datang mengenali jenis2 buluh, bukan hanya mengenali buluh lemang

 

 

Tanaman Bonsai dari pokok jenis Kesinai baru diperkenalkan kepada golongan belia, ini berikutan kejayaan yang diraih oleh penduduk di Negeri Perlis dalam mengusahakan tanaman Kesinai ini.

Satu usaha sedang dibuat untuk membentuk kumpulan belia yang berminat untuk mengusahakan tanaman Bonsai ini.

 

Industri kraf tangan yang berasaskan buluh mampu menarik ramai pelancong dalam dan luar negara. Usaha awal telah dilakukan untuk memasarkan hasil kraf dari buluh ini kepada pelancong di pusat peranginan empangan Muda dan Pedu. Antaranya di jual di Holiday Inn Resort.