![]() |
|||||
|
Lirik lagu Kg Baru Nami Kampung Ku Kampung Baru Nami Yang Indah Dan Permai Ini Masyarakat Penuh Harmoni Membina Wawasan Murni
Janjiku Pada Bumi Ini Gemilang Bangsa Terpuji Biarpun Badai Menguji Yang Pasti Akan Di Tempuhi
Yang Muda gagah Perkasa yang Lama Kekal Berjasa Yang Kecil Memasang Cita Menjadi Insan Berjaya Inilah Janji Kita........ulang 4 x |
Selamat datang ke laman web Kg Baru Nami. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, laman ini dapat dibina dan disiapkan untuk kegunaan penduduk kampung Baru Nami bagi menyampaikan maklumat kepada dunia luar segala aktiviti yang dijalankan. Kewujudan laman ini adalah bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan dalam RMK9 iaitu "Minda Kelas Pertama". Diharapkan pelancaran laman web ini oleh YB. Dato' Dr. Hj. Wan Azmi Bin Ariffin akan menjadi pemangkin kepada usaha menjadikan semua penduduk di Kampung Baru Nami mempunyai Minda Kelas Pertama. Kg Baru Nami mempunyai keluasan yang agak kecil tetapi ini tidak menghalang masyarakatnya untuk menikmati kemudahan dan kemajuan yang ditawarkan oleh teknologi masa kini.
|
|
Pautan Berkaitan
|
||
|
|
|||||